Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah, jadikanlah usahaku ini satu ibadat yang KAU redhai...

Ya Allah, jadikanlah ilmu yang dipinjamkan oleh MU sesuatu yang bermanafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia di dunia dan akhirat. AMIN...

Ya Allah, jadikanlah setiap perbuatanku, suami dan anak-anak sebagai ibadat yang ikhlas dengan limpahan redhamu..AMIN..

Ya Allah, ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaanMU kepada kami yang sangat lemah...

Ilmu kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman MU, Sunnah KekasihMU ada di bumiMU.Permudahkanlah segala urusan kami...AMIN...

Ya Allah, semuga ilmu yang kau pinjamkan ini tersebar dan dimurnikan semula oleh para pengunjung blog...

Jadikanlah ilmu ini bermanafaat buat rakan-rakan pendidik dan anak-anak didikku sekalian...AMIN

Wednesday 18 July 2012

Sang Kancil menipu Sang Buaya




Tonton video di atas dan jawab soalan-soalan berikut.

1. Mengapakah Sang Kancil ingin menyeberangi sungai tersebut?

___________________________________________________________



2. Bagaimanakah cara Sang Kancil dapat menyeberang sungai tersebut?

____________________________________________________________



3. Apakah perasaan Sang Buaya apabila mendapati dirinya telah ditipu Sang Kancil?

____________________________________________________________



4. Berikan perkataan seerti dengan perkataan berikut.

    a. tamak : _______________
    b. berkumpul : ______________
    c. menyeberangi : __________________

5. Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperolehi daripada cerita tersebut.

Tuesday 17 July 2012

Latihan Tatabahasa KSSR Tahun 1


Pilih kata hubung yang betul.

1. Saya _______________ Danial akan ke perpustakaan.
   A. sambil
   B. dan

2. Awak hendak ke kedai buku _____________ ke pasar raya ?
   A. dan
   B. atau

3. Adik menangis ______________ wang sakunya hilang.
    A. kerana
    B. sambil

4. Kaki adik luka ________________ dia tidak menangis.
    A. tetapi
    B. sejak

5. Amira belajar ______________ mendengar muzik.
    A. tetapi
    B. sambil

6. Shafik memasukkan pensel_______________ pen ke dalam kotak pensel.
    A. dan
    B. tetapi

7. Puan Aminah turun dari kereta ____________________ berjalan ke pejabatnya.
    A. lalu
    B. tetapi

8. Lutut Zaidi luka __________________ terjatuh dari basikal.
    A. atau
    B. kerana

9. Badan Zainal gemuk ________________ badan adiknya kurus.
    A. sambil
    B. tetapi

10. Azim membaca buku _____________________ menunggu ayah menjemputnya.
    A. sambil
    B. tetapi

Latihan Tatabahasa KSSR Tahun 2

Gariskan kata nama khas manusia yang terdapat dalam petikan di bawah. Tulis perkataan tersebut semula pada ruangan yang disediakan.



Nama saya ialah Alif Imran. Saya mempunyai kawan baik yang bernama Anas Mustaqim. Kami belajar dalam kelas yang sama. Kami berkawan baik dan mengetahui hobi atau kegemaran masing-masing. Kami selalu bermain bersama-sama pada waktu petang. Sikap kami selalu dipuji oleh ibu dan ayah Alif Imran.
     Ayah Alif Imran, iaitu Pak Cik Azman ialah seorang guru. Beliau mengajar saya mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ibu Alif Imran pula bernama Puan Azizah. Beliau bertugas sebagai seorang juru rawat di Hospital Sultan Ahmad Shah,Temerloh.

Senaraikan kata nama khas manusia :
1.______________________________________
2.______________________________________
3.______________________________________
4.______________________________________
5.______________________________________

Aku Sebuah Bas


     Aku sebuah bas yang berjenama Perkasa. Badanku berwarna putih dan berjalur perak. Aku dibuat di sebuah kilang di Johor Bharu. Setelah siap, aku telah dihantar ke Kuala Lumpur. Aku berasa bangga kerana dapat memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan membawa mereka ke destinasi yang dihajatkan. Aku juga memberi perlindungan daripada panas dan hujan serta memberi hawa dingin kepada mereka agar selesa.
     Namun begitu, ada juga manusia yang suka mengganggu dan merosakkan aku. Badan aku kadang-kadang diconteng dengan benda yang tajam seperti paku. Pen juga digunakan untuk menulis perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya pada badanku. Sakit rasanya tetapi tidak ada sesiapa yang mendengar rintihanku. Aku terpaksa menanggung segala penderitaan seorang diri. Ada juga yang membuang sampah merata-rata di sekitar aku sehingga diriku menjadi busuk dan kotor. Mereka juga suka makan dan membuang plastik makanan di sekitar aku.
     Mereka tidak lagi menghargai perkhidmatan yang aku berikan kepada mereka. Aku tetap menerima apa yang berlaku walaupun diganggu dan dirosakkan. Aku tetap memberikan perkhidmatan kerana telah menjadi tugasku dan aku percaya setiap kebaikan yang diberi akan dibalas jua suatu hari nanti. Aku akan tetap meneruskan kerjaku kerana aku seronok dapat berbakti dan membantu orang ramai.

Monday 16 July 2012

Aku Sebuah Komputer


     Aku sebuah komputer bernama Perwira. Aku diperbuat dan dipasang di Malaysia. Anggota badanku terdiri daripada plastik, aluminium dan besi. Warna tubuhku hitam dan perak.
     Setelah siap dipasang, bahagian tubuhku seperti papan kekunci dan monitor telah dimasukkan ke dalam kotak. Kemudian aku telah dibawa ke sebuah gudang untuk disimpan. Aku ditempatkan bersama-sama teman-temanku yang pelbagai saiz dan warna.Tidak lama kemudian, aku telah diangkut ke dalam sebuah van menuju ke sebuah kedai komputer yang terletak di pusat bandar raya Kuala Lumpur.
    Apabila sampai di kedai komputer tersebut, aku telah dipamerkan bersama rakan-rakan yang lain. Aku gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai jenama, saiz dan warna.
Setelah beberapa hari, datang seorang lelaki ke kedai komputer tersebut. Dia berminat dengan rupa dan spesifikasi yang terdapat padaku. Setelah berpuas hati dengan ciri-ciriku, lelaki itu pun membeliku lalu dibawa pulang ke rumah. Aku berasa begitu seronok kerana mempunyai tuan yang baru dan tidak sabar-sabar untuk memberikan khidmatku.
     Sebaik sahaja tiba di rumah, aku telah diletakkan di atas sebuah meja di dalam bilik bacaan.Tuan aku menggunakan aku untuk menaip kertas kerjanya dan juga untuk membuat bahan-bahan grafik.Aku telah menjalankan tugasku dengan penuh gembira dan lancar. Aku gembira kerana dapat mencurahkan bakti kepada tuan aku. Tuan aku juga amat sayangkan aku. Beliau sentiasa menjaga kebersihan anggota tubuh badanku.
    Setelah beberapa tahun digunakan, aku sering mengalami kerosakan kerana diserang virus komputer. Akhirnya, tuan aku telah membeli sebuah komputer baru yang lebih canggih. Sejak itu aku diletaakkan di sudut bilik dan tidak digunakan lagi. 
     

Semut Dengan Burung




Jawab soalan berdasarkan video yang telah ditonton.

1. Di manakah Si Semut berjalan-jalan seorang diri?

_____________________________________________________

2. Apakah yang telah berlaku kepada Si Semut ?

_____________________________________________________

3. Apakah yang telah dilakukan oleh Sang Burung untuk menyelamatkan Si Semut?

______________________________________________________

4. Bagaimanakah caranya Si Semut membalas jasa Sang Burung ?

______________________________________________________

5. Nyatakan pengajaran yang dapat diperolehi daripada cerita tersebut.

______________________________________________________