Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah, jadikanlah usahaku ini satu ibadat yang KAU redhai...

Ya Allah, jadikanlah ilmu yang dipinjamkan oleh MU sesuatu yang bermanafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia di dunia dan akhirat. AMIN...

Ya Allah, jadikanlah setiap perbuatanku, suami dan anak-anak sebagai ibadat yang ikhlas dengan limpahan redhamu..AMIN..

Ya Allah, ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaanMU kepada kami yang sangat lemah...

Ilmu kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman MU, Sunnah KekasihMU ada di bumiMU.Permudahkanlah segala urusan kami...AMIN...

Ya Allah, semuga ilmu yang kau pinjamkan ini tersebar dan dimurnikan semula oleh para pengunjung blog...

Jadikanlah ilmu ini bermanafaat buat rakan-rakan pendidik dan anak-anak didikku sekalian...AMIN

Tuesday 17 July 2012

Aku Sebuah Bas


     Aku sebuah bas yang berjenama Perkasa. Badanku berwarna putih dan berjalur perak. Aku dibuat di sebuah kilang di Johor Bharu. Setelah siap, aku telah dihantar ke Kuala Lumpur. Aku berasa bangga kerana dapat memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan membawa mereka ke destinasi yang dihajatkan. Aku juga memberi perlindungan daripada panas dan hujan serta memberi hawa dingin kepada mereka agar selesa.
     Namun begitu, ada juga manusia yang suka mengganggu dan merosakkan aku. Badan aku kadang-kadang diconteng dengan benda yang tajam seperti paku. Pen juga digunakan untuk menulis perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya pada badanku. Sakit rasanya tetapi tidak ada sesiapa yang mendengar rintihanku. Aku terpaksa menanggung segala penderitaan seorang diri. Ada juga yang membuang sampah merata-rata di sekitar aku sehingga diriku menjadi busuk dan kotor. Mereka juga suka makan dan membuang plastik makanan di sekitar aku.
     Mereka tidak lagi menghargai perkhidmatan yang aku berikan kepada mereka. Aku tetap menerima apa yang berlaku walaupun diganggu dan dirosakkan. Aku tetap memberikan perkhidmatan kerana telah menjadi tugasku dan aku percaya setiap kebaikan yang diberi akan dibalas jua suatu hari nanti. Aku akan tetap meneruskan kerjaku kerana aku seronok dapat berbakti dan membantu orang ramai.

No comments:

Post a Comment