Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah, jadikanlah usahaku ini satu ibadat yang KAU redhai...

Ya Allah, jadikanlah ilmu yang dipinjamkan oleh MU sesuatu yang bermanafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia di dunia dan akhirat. AMIN...

Ya Allah, jadikanlah setiap perbuatanku, suami dan anak-anak sebagai ibadat yang ikhlas dengan limpahan redhamu..AMIN..

Ya Allah, ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaanMU kepada kami yang sangat lemah...

Ilmu kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman MU, Sunnah KekasihMU ada di bumiMU.Permudahkanlah segala urusan kami...AMIN...

Ya Allah, semuga ilmu yang kau pinjamkan ini tersebar dan dimurnikan semula oleh para pengunjung blog...

Jadikanlah ilmu ini bermanafaat buat rakan-rakan pendidik dan anak-anak didikku sekalian...AMIN

Monday 16 July 2012

Aku Sebuah Komputer


     Aku sebuah komputer bernama Perwira. Aku diperbuat dan dipasang di Malaysia. Anggota badanku terdiri daripada plastik, aluminium dan besi. Warna tubuhku hitam dan perak.
     Setelah siap dipasang, bahagian tubuhku seperti papan kekunci dan monitor telah dimasukkan ke dalam kotak. Kemudian aku telah dibawa ke sebuah gudang untuk disimpan. Aku ditempatkan bersama-sama teman-temanku yang pelbagai saiz dan warna.Tidak lama kemudian, aku telah diangkut ke dalam sebuah van menuju ke sebuah kedai komputer yang terletak di pusat bandar raya Kuala Lumpur.
    Apabila sampai di kedai komputer tersebut, aku telah dipamerkan bersama rakan-rakan yang lain. Aku gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai jenama, saiz dan warna.
Setelah beberapa hari, datang seorang lelaki ke kedai komputer tersebut. Dia berminat dengan rupa dan spesifikasi yang terdapat padaku. Setelah berpuas hati dengan ciri-ciriku, lelaki itu pun membeliku lalu dibawa pulang ke rumah. Aku berasa begitu seronok kerana mempunyai tuan yang baru dan tidak sabar-sabar untuk memberikan khidmatku.
     Sebaik sahaja tiba di rumah, aku telah diletakkan di atas sebuah meja di dalam bilik bacaan.Tuan aku menggunakan aku untuk menaip kertas kerjanya dan juga untuk membuat bahan-bahan grafik.Aku telah menjalankan tugasku dengan penuh gembira dan lancar. Aku gembira kerana dapat mencurahkan bakti kepada tuan aku. Tuan aku juga amat sayangkan aku. Beliau sentiasa menjaga kebersihan anggota tubuh badanku.
    Setelah beberapa tahun digunakan, aku sering mengalami kerosakan kerana diserang virus komputer. Akhirnya, tuan aku telah membeli sebuah komputer baru yang lebih canggih. Sejak itu aku diletaakkan di sudut bilik dan tidak digunakan lagi. 
     

No comments:

Post a Comment